Jumaat, 28 Februari 2014

Dinar & Dirham






Dinar ialah syiling emas seberat 4.25 gram. Dirham ialah syiling perak seberat 2.975 gram. Kedua-duanya mata wang syariah, digunakan untuk membayar zakat, mas kahwin, tabungan, bahan pertukaran, hadiah, sedekah dan diyah.

PIAWAIAN UMAR AL-KHATTAB
Khalifah Islam kedua, Saidina Umar al-Khattab radhiy allahu anhu telah menetapkan timbangan berat 10 dirham bersamaan 7 mithqal (berat dinar) emas. Tumpuan ukuran piawaian ini bukanlah pada harga emas dan perak tetapi kepada berat logam-logam itu.

Dinar dirham masa kini ditempa mengikut Piawaian Umar al-Khattab. Setiap dinar ialah seberat 4.25 gram dengan ketulinan 22 karat (.917) dan setiap dirham ialah seberat 2.975 gram perak tulin (.999).

Ukuran dan timbangan ini dikawalselia oleh World Islamic Mint (WIM), badan dunia pertama yang memperkenalkan semula dinar dirham pada zaman moden ini pada tahun 1992.

PENGGUNAAN DINAR DIRHAM
  1. Untuk tabungan dan lindung nilai kerana emas dan perak itu berharga
  2. Untuk hadiah dan sedekah kerana dinar dirham itu sendiri bernilai
  3. Untuk membayar zakat dan mahar kerana ia dianjurkan oleh syariah
  4. Untuk berjual beli kerana kedua-duanya ialah bahan perantaraan yang diterima umum dan merupakan mata wang syariah.

UNTUK TABUNGAN dan LINDUNG NILAI
Abu Bakr Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah salallahu 'alaihi wa sallam bersabda :
"Satu masa akan sampai kepada manusia di mana tidak ada apa lagi yang tinggal berguna kecuali dinar dan dirham."
Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal

Emas dan perak adalah mata wang paling stabil di dunia. Ia terbukti berkesan dengan melindungi harta daripada hakisan inflasi. Sebagai contoh, harga ayam pada zaman Rasulullah salallahu 'alaihi wa sallam ialah 1 dirham. Hari ini, setelah lebih 1,400 tahun, harga seekor ayam masih lagi di sekitar 1 dirham.

Aset anda akan terselamat dari susut nilai akibat tekanan inflasi. Semakin merudum nilai wang kertas, semakin melonjak nilai dinar dan dirham anda. Bertukarlah kepada dinar dan dirham.

UNTUK HADIAH dan SEDEKAH
Dinar dan dirham boleh dijadikan sebagai hadiah untuk sebarang acara dan majlis.
"Timbanglah rambut Husain dan bersedekahlah dengan berat rambut tersebut dengan (dirham) perak dan berikanlah kaki akikah kepada suatu kaum."
Hadith riwayat Baihaqi daripada Ali ibn Abi Talib

PEMBAYARAN ZAKAT
Zakat merupakan Rukun Islam yang ketiga maka pengambilan dan pembayarannya hendaklah dibuat dengan mata wang syariah iaitu dinar dan dirham terutamanya untuk zakat harta, seperti yang telah dilakukan sejak awal Islam sehinggalah jatuh pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah.

AIN dan DAYN
Zakat hendaklah dibayar dengan bahan yang ain dan bukannya dayn. Menurut Imam Abu Bakr al-Kasani dalam kitabnya Bada'i al-Sana'i, zakat mestilah dibayar dengan barangan ain, dan tidak boleh dibayar dengan dayn iaitu hutang, tanggungan mahupun nota janji.

KADAR ZAKAT HARTA
Zakat harta merujuk kepada emas dan perak dalam semua bentuknya dan barang dagangan. Jumlah nisab untuk zakat harta ialah 20 dinar (85 gram) dan 200 dirham (595 gram). Bagi setiap 20 dinar, zakat yang kena bayar ialah 1/2 dinar dan bagi setiap 200 dirham, zakat yang kena bayar ialah 5 dirham. Ukuran di sini bukanlah harga emas atau perak, tetapi beratnya.

UNTUK MAHAR
Abu Salamah Ibnu Abdurrahman radhiy allahu anhu, berkata :
Aku bertanya kepada Aisyah radhiy allahu anha: "Berapakah mas kahwin Rasulullah salallahu 'alaihi wa sallam? Dia berkata: "Mas kahwin Baginda kepada isterinya ialah dua belas uqiyyah dan nasy'. Dia bertanya: "Tahukah engkau apa itu nasy'?" Aku jawab : "Tidak". Aisyah berkata: "Setengah uqiyyah, jadi semuanya lima ratus dirham." - Hadith riwayat Muslim.

Malik berkata:
"Aku tidak setuju jika wanita dikahwini dengan (mas kahwin) kurang dari seperempat dinar. Itu adalah jumlah terendah, yang (juga jumlah terendah) untuk mewajibkan pemotongan tangan (kerana mencuri)." - Imam Malik, Al-Muwatta

Terdapat ramai pasangan di Malaysia yang telah pun menggunakan dinar dan dirham sebagai mas kahwin sejak tahun 2000 lagi.

UNTUK URUSAN BERJUAL BELI
Dinar dan dirham ialah mata wang syariah maka ia boleh digunakan sebagai bahan perantaraan untuk berjual beli. Amalan berjual beli seperti ini sudah dilaksanakan sejak permulaan Islam lagi dan merupakan salah satu cara untuk menangani masalah riba.

KEBEBASAN
Persoalan mengenai wang pada asasnya ialah persoalan mengenai kebebasan. Apabila orang ramai diberi kebebasan untuk memilih, mereka memilih emas dan perak. Kita kini dipaksa menerima wang fiat (wang kertas) yang nilainya ditentukan oleh undang-undang.

Kembalilah kepada emas dan perak. Kedua-dua mata wang dwilogam iaitu dinar dan dirham ialah sebahagian daripada wahyu dan sunnah. Dinar dan dirham menawarkan kestabilan dan ketertiban. Dinar dan dirham adalah jawapan kepada manipulasi wang kertas. Dinar dan dirham ialah kebebasan.Oleh itu marilah kita bebaskan harta kita daripada susut nilainye,mulakan simpanan dinar dan dirham anda hari ini..utk tempahan layari gsr2u.com.my/kerawangold atau hubungi ditalian 017-3009861utk pertanyaan lanjut. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan